fbpx

Design mahal vs murah

Masalah yang kerap berlaku dikalangan designer adalah masalah penetapan harga , berapa nak caj?, tak murah sangat ke?, tak mahal sangat ke?, bagi yang baru menceburi bidang reka grafik sebaik-baiknya perlu lah diasah sebaik mungkin sebelum memulakan kerja sampingan (freelancer), sehingga yakin dengan skill sendiri atau diterima oleh masyarakat umum.
Kebiasaanya ada beberapa faktor untuk menilai sama ada artwork tersebut mencapai piawaian rekaan yang baik dari segi penggunaan

 

  1. Warna
  2. Font
  3. Bentuk
  4. Gambar
  5. Medium
  6. Masa

 

Warna
Penggunaan warna yang terang dan gelap memainkan peranan untuk menjadikan sesuatu artwork itu lebih menarik. Jika salah penggunaan warna, mesej yang ingin di sampaikan agak sukar untuk difahami.

 

Warna asas seperti merah biru dan kuning adalah warna asas dalam roda warna, jadi ianya boleh dikatakan terlalu umum dan warna yang murah, sesuatu artwork yang berkualiti jarang menggunakan warna asas ini kerana ianya terlalu terang dan boleh menyakitkan mata. Selain itu penggunaan warna gradient juga boleh membantu dalam penghasilan karya yang menarik, antara contoh web yang boleh dijadikan sebagai rujukan

 

Example of Flascash App design

Font

Pemilihan jenis font juga memainkan peranan penting untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna dengan berkesan, ianya haruslah mampu menarik perhatian mereka untuk membaca maklumat yang dipaparkan. Font juga perlu dipilih mengikut kesesuaian tema dan tujuan, sebagai contoh, Iklan konsert Rock menggunakan font yang agak besar dan kasar berbanding dengan majlis-majlis rasmi. Pemilihan font boleh dipilih mengikut mood atau emosi yang akan dilahirkan oleh pengguna apabila melihat sesuatu karya.

Terdapat pelbagai website yang memberikan font secara percuma, tetapi perlu di nasihatkan sebelum menggunakan font di download dari website ini, sila baca documentation dan copyright doc, kebiasaannya mereka sertakan bersama. contoh

https://www.dafont.com/

Bentuk

Perkataan bentuk dalam design adalah terlalu umum, disini ianya boleh diklasifikasikan sebagai elemen bentuk yang digunakan dalam sesuatu karya, sebagai contoh, segi tiga, bulat dan sebagainya, seperti warna, bentuk juga boleh dikatakan berdasarkan dari beberapa jenis bentuk yang basic, dan jika dikembangkan lagi, akan menjadi pelbagai bentuk.

Boleh saya katakan, sesuatu karya yang berkualiti , akan mempelbagaikan bentuk yang basic tadi kepada bentuk yang sangat menarik, Bentuk ini boleh membantu menaikkan mood dan menjadi sebagai label kepada sesuatu subject dalam karya anda, Prinsip berkarya perlu diingatkan semula disini, tiada terma dalam design “bagi nampak cantik” atau “ouh saja ja letak” semua elemen yang terdapat dalam karya pelulah diperjelaskan dengan konsep rekaan yang membawa manfaat kepada penonton.

www.dribbble.com

Gambar

Salah satu elemen yang penting dalam menilai sama ada karya anda itu berkualiti adalah penggunaan gambar. Terdapat beberapa website yang menyediakan gambar percuma seperti
https://unsplash.com/ , https://www.pexels.com/ , hanya perlu memberi kredit kepada photograher (optional). jika dilihat gambar yang dibayar berbanding gambar percuma ini adalah dari segi subjek yang mereka gunakan.. kebanyakannya tidak focuskan kepada subjek, lebih kepada gambar santai, subjek yang kurang fokuskan kepada orang atau sesuatu interaksi.

Penggunaan gambar percuma ini jika kena pada karya anda pasti akan memberikan impak yang maksimum kepada penonton, tetapi kebarangkalian gambar yang anda gunakan telah digunakan oleh lebih dari 30 karya adalah tinggi dan ianya menjadikan karya anda kurang nilainya.

Gambar yang tepat dan bernilai adalah gambar yang di hasilkan sendiri oleh pengkarya atau gambar yang berkait dengan subjek anda secara langsung.

www.unsplash.com people shake hand

www.shutterstock.com people shake hand

Medium

Medium atau boleh dikatakan platform karya anda, sebagai contoh , rekaan web, apps, logo, papan iklan dan sebagainya.

Medium ini juga dipelbagaikan mengikut sasaran mereka, sama ada untuk pelajar atau pengguna sesuatu produk dan ianya mempunya nilai tersendiri, dari printing seperti business card sehingga ke iklan tv dan sebagainya yang mampu mencecah ratusan ribu sebulan.

Ianya berdasarkan berapa kompleks penghasilannya dan jumlah penonton yang akan melihat karya tersebut. Semakin besar sasaran penontonnya, semakin tinggi nilainya.

Masa

Yang terakhir sekali dan yang terpenting adalah masa, masa dari segi jangka masa penghasilan karya, atau jangka masa penggunaan sesuatu karya tersebut. Kadar yang biasa di caj oleh pengkarya yang berdasarkan jam adalah dari RM50 ~ Rm80 sejam mengikut tahap skill pengkarya.

Ianya adalah penggunaan kadar yang paling selamat digunakan , Ianya selamat kerana, kebarangkalian pelanggan anda meminta untuk menukar rekaan adalah pada tahap 90%. Jadi penggunaan masa adalah sangat bersesuaian dengan situasi ini.

Sebagai contoh untuk mereka poster, setelah anda faham input yang diberi dan apa yang diperlukan oleh client, anda menganggarkan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja adalah 3 jam, Kadar anda adalah 1 jam = RM60 , Jadi 3 jam x RM60 = RM180.

Jika ada penambahan atau pelanggan anda meminta sebarang penukaran, nyatakan kepada mereka sekali lagi kadar anda, dan berikan anggaran berapa lama anda boleh siapkan.. log kan setiap apa yang anda lakukan untuk karya atas permintaan pelanggan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Leave a comment